|
Stormreaders melanda Selatan |
|
|
|
|
Rabu, 14 April 2010 08:00 |
|
Pada 24 April 2010 (Sabtu), bakal berlangsung Majlis Pelancaran Program Stormreaders Network Sdn. Bhd. bagi Zon Selatan. Program tersebut bertempat di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar, Johor Bharu. Ia berlangsung dari Jam 1:00 petang sehingga 5:00 petang. Program Pelancaran Stormreaders Zon Selatan merupakan kesinambungan daripada siri pelancaran yang dilaksanakan sebelum ni (Lembah Klang dan Zon Utara).
Dengan kehadiran Ustaz Zahazan Mohamed yang menyampaikan ceramah bertajuk 'Budaya Ilmu & Keberkatan Rezeki' dan Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet Malaysia) dengan talk-nya yang bertajuk 'Rahsia Menjana Pendapatan dari Rumah' bakal menyerikan lagi program yang akan berlangsung.
Bersehubungan dengan itu, pihak pengurusan menjemput anda semua untuk hadir ke Majlis Perasmian ini. Untuk pengesahan kehadiran, anda boleh; - 1. SMS ke 012-6141 765
- EVENT SELATAN, Nama penuh, jumlah kehadiran (termasuk anda), lokasi dari mana.
- Cth: EVENT SELATAN, ABU SUFIAN, 5 ORANG, KUALA KANGSAR
- 2. E-mel ke
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
- TAJUK - Pengesahan Kehadiran ke Event Selatan
- ISI KANDUNGAN E-MEL- Senarai Nama yang akan hadir, dan lokasi dari mana, No. Telifon.
- 3. Telifon 03-6141 8684/ 85.
- 4. Faks ke 03-6141 8655
- TAJUK - Pengesahan Kehadiran ke Event Selatan
- ISI KANDUNGAN- Senarai Nama yang akan hadir, dan lokasi dari mana, No. Telifon.
|